ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

Selamat datang ke blog saya yang menyajikan perkongsian info, pendapat dan testimoni mengenai pelbagai produk Shaklee yang terdapat di pasaran dalam usaha kita untuk menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera. Setiap penyakit ada ubatnya. Sama-sama kita menyayangi tubuh badan dan menghargai kesihatan yang telah dianugarahkan olehNya. Selamat membaca.

Saturday, 16 November 2013

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEKITAR KAWASAN TEMERLOH



Bagi memudahkan anda mendapatkan rangkaian produk Shaklee, disini saya sertakan beberapa pengedar sah yang mungkin berada berdekatan dengan anda.


1. PN NORAZLINA BINTI YAACOB
    ID: 993911
    TEL: 019-5592159
    KAWASAN: HOSHAS, Seberang Temerloh, Gugusan Taman Jaya, Kg Paya Pulai


2. PN NURULHUDA BINTI ABD HAMID
    ID: 1068178
    TEL: 017-9849511
    KAWASAN: Gugusan Taman Kediaman Jalan Bahagia, Bandar Temerloh, Jerantut


3. PN NORASURYANTI BINTI RAPAR
    ID: 1077357
    TEL: 019-9255865
    KAWASAN: Taman Temerloh Makmur, Taman Temerloh Jaya, Bandar Temerloh


4. PN NURUL HUDA BINTI HASHIM
    ID: 993912
    TEL: 013-9894134
    KAWASAN: HOSHAS, Kg Paya Luas, Kg Paya Pulai,  Seberang Temerloh


5. PN MAZAILA HANIM BINTI MUHAMAD
    ID: 1077185
    TEL: 019-9575181
    KAWASAN: Bandar Temerloh, Mentakab


6. HASNIYANTI BINTI HAMZAH
    ID: 994414
    TEL: 018-5721489
    KAWASAN: Bandar Temerloh, Mentakab


7. NURHAMIZA BT AHMAD
    ID: 994416
    TEL: 0199580453
    KAWASAN: Kg Batu 1, Kg Hj Ali & Sekitar Bnadar Temerloh




Semoga anda akan mendapat konsultasi & layanan terbaik dari mereka.

Salam Sayang,

ID: 994415
019-9662446
Pengedar Sah Shaklee sekitar Temerloh, Mentakab, Chenor & Jengka




Wednesday, 2 October 2013

ANAK-ANAK PERMATA HIDUP IBU BAPA. JANGAN ABAIKAN KESIHATAN MEREKA


Sejak dari pagi lagi fikiran saya teringat-ingat coretan seorang rakan alam maya di Facebook tentang pengalaman anaknya yang terkena jangkitan kuman sehingga dimasukkan ke ICU. Semuanya bermula dengan demam sehingga berlarutan kepada keadaan kesihatan yang semakin teruk. Ya Allah, sangat tersentuh hati membaca cerita beliau. Tak dapat bayangkan bagaimana jika saya yang menghadapinya. Disini saya sertakan link halaman FB beliau untuk paparan cerita sebenar. Semoga menjadi panduan untuk kita sebagai ibu bapa.


Kesihatan anak-anak sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Melihat anak-anak sihat, ceria dan gembira adalah satu rahmat yang sangat besar kerana mereka pengubat jiwa di waktu kita penat pulang dari kerja. Nursery ibarat rumah kedua anak-anak kerana faktor ibu bapa yang bekerja. Bila sebut pasal nursery, kita boleh bayangkan keadaan kanak-kanak yang ramai dan sememangnya keadaan yang tidak sama seperti di rumah. Hati mana yang tak risau meninggalkan anak tetapi tanggungjawab bekerja pada zaman sekarang juga harus difikirkan. 

Jika anak tidak dihantar ke nursery sekalipun, anak-anak kita masih terdedah dengan pelbagai serangan penyakit. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga menyumbang kepada pelbagai penyakit semasa seperti demam, batuk dan selsema. Apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk melindungi anak-anak ialah dengan memastikan mereka mempunyai antibody yang kuat untuk melawan penyakit. Macam pepatah Inggeris yang sering kita dengar, 'Preventing Is Better Than Cure'.


MEAL SHAKES

Dalam perkataan lain, Meal Shakes juga boleh disebut sebagai multivitamin untuk kanak-kanak.  Ia menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin ialah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protien yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

Antara fungsinya ialah:
 
1. Nutrisi lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lechitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protien (tidak mengandungi laktosa), membantu membina sel tubuh

3. Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesiumyang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel tumbesaran

4. Anti-oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, zinc, seleniumyang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan. 

5. Mengembalikan seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan cooper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat

6. Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membuang lemak berlebihan dan sisi buangan dari usus dan perut

7. Semulajadi - Tidak mempunyai sebarang pewarna dan gula tiruan   



TESTIMONI PENGGUNA MEAL SHAKES:




Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma, sila hubungi:

019-9662446
Pengedar sah Shaklee di sekitar Temerloh, Mentakab dan Maran.
Juga bersedia membuat penghantaran ke seluruh Malaysia

Friday, 27 September 2013

BEBASKAN DIRI DARI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT


Masalah keguguran rambut sememangnya menjadi satu kebimbangan kepada ramai orang termasuklah saya sendiri. Husband bising-bising jugak tengok rambut isterinya ada kat mana-mana je. Dari atas bantal, tilam, lantai, hinggalah ke bilik air. Penuh dengan rambut gugur. Naik fobia nak sikat rambut. Bukan tak cuba guna produk penjagaan rambut tapi tak ada satu pun yang berkesan.


Tapi since saya guna Pro Sante Revitalizing Shampoo yang diambil bersama Zinc Complex, alhamdulillah rambut dah semakin kurang gugur. Dalam masa seminggu pun dah nampak perubahan. Amazing sangat! Rambut bau wangi, lembut & rasa lebih sihat. Sekarang, nak sikat rambut tiap-tiap hari pun boleh. Hehe. Jom review kelebihan dua-dua produk ni.


Pro Sante Revitalizing Shampoo


  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut 

  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten

  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya


Siapa yang sesuai memakai set penjagaan rambut ini? 


1. Lelaki dan wanita semua peringkat umur dan semua jenis rambut, malah untuk mereka yang gemar mewarnakan rambut.

2. Sesiapa yang mempunyai rambut nipis atau mengalami penipisan

3. Sesiapa yang menghadapi masalah rambut rosak

4. Mereka yang mempunyai kulit kepala atau rambut kering

5. Mereka yang mempunyai kulit kepala atau rambut yang berlebihan berminyak

6. Sesiapa yang tidak melihat peningkatan yang dapat dilihat pada rambut mereka dengan menggunakan satu syampu atau malah kombinasi syampu popular


 Zinc Complex





Secara peribadinya, saya sendiri tidak pernah tahu tentang kepentingan vitamin zinc ni. Tapi bila dah tau, subahanallah banyaknya khasiat. Betul apa orang cakap, tak kenal maka tak cinta.

Antara kelebihannya ialah:


1.Memperbaiki radang kulit

2. Ekzema

3. Membentuk Kolagen

4. Penyembuhan luka

5. Memperbaiki kesihatan prostat

6. Mempertingkatkan sistem imuniti

7. Mengurangkan rambut gugur

8. Mempertingkatkan ovulasi wanita

9. Memperbaiki diabetis

10. Mengurangkan bintik putih pada kuku

11. Meningkatkan bilangan sperma dan memekatkan air mani lelaki

12. Memperbaiki deria bau dan rasa


Kat sini saya sertakan juga testimoni dr pengguna set keguguran rambut ni. Testimoni hot from oven. Tu yg semangat menulis entry baru. Hehe









Untuk sebarang pertanyaan berhubung dengan produk, anda boleh hubungi

019-9662446

Pengedar sah Shaklee di sekitar Temerloh, Mentakab dan Maran.
Juga bersedia membuat penghantaran ke seluruh Malaysia

Tuesday, 24 September 2013

VITA-LEA: MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA & JUGA PILIHAN YANG TERBAIK BUAT SEMUA


2 minggu lepas, rakan sekerja saya ada bercerita tentang kesan pengambilan Vita-Lea. Katanya "Akak ambil Vita-Lea sebiji before tidur. Biasanya bila bangun pagi memang rasa mamai-mamai je and take a few times untuk segarkan badan. Tu pun lepas kena air nak mandi. Tapi pagi tu akak memang rasa lain sebab bila buka je mata terus rasa segar and puas tidur walaupun tempoh masa tidur tetap sama. Best sangat. Zai cuba la."

Masa tu saya belum sempat untuk mencuba kehebatan Vita-Lea. Tapi hari ni, saya sangat teruja untuk berkongsi perkara yang sama kerana saya sendiri telah merasainya! Sememangnya kami jenis yang suka tidur dan agak payah untuk bangun pagi. Jadi waktu bangun tidur bukan la waktu 'favourite' kami. Tapi sekarang semuanya dah berbeza. Yeay! Jom berkenalan dengan Vita-Lea. Tak kenal maka tak cinta. Tak gitu?


APA ITU VATA-LEA?

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral pertama di dunia. Asalnya dikenali sebagai Vitalize-Mineral dan disingkatkan menjadi Vita-Min dan perkataan vitamin yang disebut kini berasal dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubahnya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Ia difomulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. 



Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkinidan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebgai 'Explo-tab'. Ia merupakan tablet multivitaminyang paling pantas di dunia terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berinergrasi dengan protien untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. 

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. 


MANAFAAT UTAMA VITA-LEA:

1. Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahu pun kerja seharian.

2. Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegeterian) dan anemia.

3. Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

4. Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

5. Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

6. Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Berikut adalah senarai nutrisi yang terdapat di dalam Vita-Lea:

Haaa, banyak kn?


SIAPA YANG PERLUKAN VITA-LEA?

1. Wanita mengandung - memastkan bacaan HB yang baik
2. Wanita yang lepas bersalin - untuk membantu proses penyembuhan dan tenaga
3. Ibu yang menyusu - memastikan bekalan zat besi mencukupi
4. Semua individu yang mementingkan kesihatan optimum


TESTIMONI:

Disini saya ada sertakan beberapa testimoni customer yang pernah mengambil Vita-Lea:









Sememangnya Vita-Lea adalah vitamin asas yang wajib dimiliki oleh setiap keluarga kerana kandungan nutrisinya yang sangat lengkap dan seimbang.



Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma, anda boleh hubungi:



019-9662446
Pengedar sah Shaklee sekitar Temerloh, Mentakab dan Maran.
Juga bersedia untuk membuat penghantaran ke seluruh Malaysia
 

Sunday, 22 September 2013

KENAPA KITA MEMERLUKAN VITAMIN & KELEBIHAN SHAKLEE BERBANDING VITAMIN LAIN

Saya sangat bersyukur kerana telah dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sangat mementingkan kesihatan. Sejak dari kecil lagi ayah telah memperkenalkan kami dengan pelbagai jenis vitamin samada ianya untuk kesihatan tubuh badan atau mempertingkatkan keupayaan minda. Bayangkan saya telah mula mengenal EPO semenjak dari sekolah menengah lagi! Oleh sebab itu, saya bersyukur kerana sehingga sekarang saya tidak mempunyai masalah kesihatan perempuan seperti kitaran haid yang tidak teratur, senggugut, masalah kulit atau masalah berat badan.

Pada awalnya saya mengambil semua jenis supplement yang diberikan oleh ayah hanya atas dasar menurut arahan beliau. Namun kini saya semakin sedar tentang kepetingan pengambilan vitamin dan supplement dalam kehidupan seharian. Kenapa kita memerlukan vitamin? Di bawah adalah jawapannya:

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandngan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


KENAPA MEMILIH SHAKLEE? 



Ramai yang bertanya "Bukan semua vitamin tu sama ke?". Tak kurang juga yang bertanya "Apa lebihnya Shaklee?"

Sebenarnya memang ada beza antara vitamin yang terdapat di pasaran dengan vitamin Shaklee. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa terdapat dua jenis vitamin iaitu vitamin sintetik dan vitamin semulajadi. berikut adalah ciri-ciri kedua-dua jenis vitamin:

Vitamin Sintetik:
1. Dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin
2. Penghasilannya bukan dari sumber makanan. Contohnya tar digunakan dalam formula menghasilkan B Complex!
3. Harga yang lebih murah dan kadangkala diberikan secara percuma
4. Biasanya bertindak solo. Contohnya kalsium tanpa tambahan magnesium dan vitamin D. Jadi kita perlu mengambil magnesium dan vitamin D secara berasingan
5. Mempunyai kesan jangka panjang akibat daripada manipulasi & ketikstabilan kimia semasa penghasilannya

Vitamin Semulajadi:
1. Dihasilkan daripada sumber makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
2. Bertindakbalas dengan lebih baik dengan tubuh badan kerana diperbuat daripada sumber semulajdi
3. Harga yang lebih mahal  kerana dahasilkan dari bahan berkualiti tinggi yang juga memerlukan kos yang tinggi
4. Bertindak balas secara berkumpulan yang man setiap vitamin yang dihasilkan didatangkan bersama 'kawan baik' yang membolehkan ianya bertindak secara optimum di dalam badan
5. Tidak mempunyai kesan jangka panjang. Contohnya kalsium yang tidak diserap sepenuhnya akan merosakkan buah pinggang. Oleh itu kalsium didatangkan bersama magnesium dan vitamin D supaya penyerapannya lebih optimum

Dan... Semestinya Shaklee adalah jenis vitamin semulajadi yang selamat digunakan oleh semua peringkat umur, tidak mempunya perisa, pewarna, dan bahan-bahan tiruan serta telah menjalani pelbagai ujian pencemaran untuk menjami kualiti yang maksimum.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan vitamin pilihan anda pada harga yang sangat berbaloi.

Pn Siti Zainab binti Kamarudin
SMS/Watsapp: 019-9662446

Saturday, 14 September 2013

CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi

CoQ Health Shaklee merupakan penawar yang dicari-cari oleh pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.
darah tinggi CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi
CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.

Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

1.Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

2.Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

3. Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.
kolestrol tinggi CoQ Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi

4.Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

5. Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.
Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
  • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
  • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
  • Membantu mencegah migrain
Sumber: University of Maryland Medical Center
Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.
Hubungi saya untuk promosi istimewa CoQ Health Shaklee sekarang!

Thursday, 12 September 2013

PENGEDAR SHAKLEE DI SEBERANG TEMERLOH,HOSPITAL TEMERLOH, KG. AWAH, CHENOR DAN BANDAR TEMERLOH

Assalamualaikum wbt..berita baik untuk pengguna dan sesiapa yg berminat untuk mendapatkan produk shaklee di sekitar kawasan SEBERANG TEMERLOH, HOSPITAL TEMERLOH (HOSHAS), KG. AWAH, CHENOR DAN BANDAR TEMERLOH.

Anda boleh menghubungi PUAN SITI ZAINAB (NO TEL/SMS 019-9662446, facebook Siti Zainab Kamarudin ) bagi mendapatkan supplement kegemaran anda secara pick up / COD di kawasan sekitar SEBERANG TEMERLOH, HOSPITAL TEMERLOH (HOSHAS), KG. AWAH, CHENOR DAN BANDAR TEMERLOH.

Bagi membantu anda untuk mendapatkan supplement SHAKLEE ini. Boleh la menghubungi beliau untuk mendapatkan supplement anda ye...In Shaa Allah saya akan bantu anda sebaik mungkin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...